
Mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak dipandang bersih?!
Ditanya sama ada wacana itu menjurus ke arah perbincangan perpaduan yang telah ditolak PAS sebelum ini, Nasrudin berkata, "Kita tengok macam mana".Ketua Pemuda PAS memang tak kata "ya". Tetapi, bak kata Orang Putih, "he did not rule out".
Sinar Harian (4/7/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan debat secara terbuka untuk mencapai titik pertemuan yang dijangka menyelesaikan kemelut UMNO dan Pas yang sudah lama berlanjutan.Berkaitan:
Beliau berkata, surat itu akan tetap dihantar walaupun Najib mengeluarkan kenyataan menolak pelawaan itu.
“Hari ini baru saya nak hantar surat itu. Dia nak tolak dia punya fasal. Saya tetap dengan keputusan saya. Lagipun saya tak kirim lagi surat tu. Surat saya akan kirim hari ini.
“Saya tetap nak berdebat. Saya yakin dengan cara ini kita dapat mencapai titik pertemuan atau penyelesaian di atas apa yang berlaku selama ini,” katanya kepada media pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Darul Naim di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib yang menolak pelawaannya untuk berdebat secara terbuka.
Ketika diminta mengulas mengapa beliau berkeras mahu berdebat sedangkan langkah terbaik adalah bermuzakarah atau bermuqabalah beliau berkata, Pas banyak kali mempelawa UMNO tetapi pelawaan untuk itu ditolak.
“Pas terutama Pas Pusat sudah banyak kali meminta untuk bermuzakarah dengan UMNO tetapi ditolak. Tak jadi-jadi. Jadi apa yang kami belum minta lagi ialah debat. Dan debat ini bukan pandai-pandai saya.
“Allah sendiri sebut, kita ada tiga cara. Pertama bilhikmah iaitu diberitahu secara biasa. Kedua, walmau’idah juga diberitahu secara biasa dan ketika wajadilhum. Ia bermaksud mesti bermujadalah. Ini beza dia.
“Presiden dunia pun dalam masa pilihan raya dia berdebat sesama calon mereka. Obama berdebat dengan lawan dia dari parti Republikan. Sekarang ini Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto,” katanya.
Beliau berkata, masalah debat hanyalah teknikal, apa yang penting ialah masalah akidah.
“Debat mereka hanya masalah teknikal sahaja. Tetapi debat ini ialah masalah akidah. Kita sembahyang tanpa akidah tidak akan diterima di akhirat. Kita pergi ke Mekah tanpa akidah tidak akan diterima,” katanya.
Sementara itu, beliau tidak bersetuju kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Noordin yang meminta debat itu diadakan secara tertutup dan berkumpulan.
Menurutnya, kenapa perlu diadakan secara tertutup sedangkan selama ini bercanggahan pendapat dan pertelagahan antara Pas dan UMNO berlaku secara terbuka.
“Sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1961, apa yang berlaku di antara Pas dan UMNO semuanya secara terbuka. Kenapa sekarang perlu diadakan secara tertutup,” katanya.


Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan.DAP sengaja cetus isu perkauman: Azizan (Bernama 4/7/09)
"Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya.

'Jenayah' yang dilakukan oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof ialah kerana beliau menahan kepala-kepala kongsi gelap yang mempunyai hubungan dengan polis di samping membuka fail serta melancarkan siasatan ke atas perbuatan rasuah, salah guna kuasa, kepentingan bercanggah dan salah urus MAS ketika pihak atasan mengingatkan beliau supaya jangan melakukan perkara itu.Dan, jangan tak baca kenyataan Lim Kit Siang bertajuk "100 reasons why Malaysia needs a new Inspector-General of Police".
Kenapa pihak atasan mahu menutup sindiket jenayah Cina dan penyiasatan ke atas MAS dan meletakkan kes-kes itu dalam kategori NFA (tiada tindakan selanjutnya)?
Ubah suai logo polis dalam laman blog
Penulis laman blog penarikbeca, Abu Bakar Mohd Rashid, 51, dipanggil memberikan keterangan hari ini berhubung satu artikel dalam laman blognya yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) diubah suai pada beberapa bahagian tertentu disiarkan Ogos lalu.
Beliau dikehendaki hadir ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Perdana berikutan polis masih belum lengkap melakukan siasatan terhadap beberapa keterangannya sebelum ini.
Terbaru, beliau dipanggil kelmarin berkenaan perkara itu yang disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, jika disabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara berkenaan.
Di laman blognya; http://penarikbeca.blogspot.com/, Abu Bakar menyiarkan logo PDRM iaitu gambar kepala harimau di tengah-tengah logo PDRM ditukar kepada gambar kepala anjing, manakala simbol ‘$’ dan ‘C4’ pula diletakkan di ruang kiri dan atas logo itu yang sepatutnya tertera tulisan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’.
Logo itu juga turut diletakkan gambar bintang seolah-olah lambang negara Israel.
Sehubungan itu, Abu Bakar ditahan pada 6 Ogos kira-kira jam 10 malam di kediamannya di Taman Koperasi Polis dan polis turut merampas satu unit komputer riba bagi membantu siasatan.
Orang yang ketagihkan Umno macam orang hisap rokok juga. Sejuta amaran, sejuta undang-undang tak mampu menghalang ketagihan rokoknya. Orang yang ketagihkan Umno pun sama. Sejuta Nik Abdul Aziz pun tak akan mampu menghalang ketagihan mereka. Mereka diam tak bererti mereka dah tak nak Umno.Sa lagi, Isnin lalu, Bernama melaporkan berita bertajuk "Hadi tak dimaklum oleh Nik Aziz mengenai debat". Adakah Pemuda PAS juga tidak memaklumkan kepada Presiden mengenai pertemuan dengan Pemuda Umno itu? Adakah Pemuda PAS tidak memohon restu Presiden mereka?
Saya belum jumpa fatwa yang terang-terangan menghalalkan merokok. Tak jumpa tak semestinya tak ada. Namun, saya tetap memohon ampun kepada Allah s.w.t. Insya Allah, saya nak cuba berhenti merokok. Saya dah cuba banyak kali dah. Tetapi, saya tetap kalah dengan rasa ketagih nak merokok.
Saya harap mereka yang ketagihkan Umno juga berusaha untuk menghentikan ketagihan itu. Sama ada setuju atau tidak, Tok Guru Mursyidul Am mencela orang-orang yang ketagih rokok seperti lembu. Boleh marah kepada dia kalau tak setuju. Ini negara demokrasi.
Bagaimana pula dengan mereka yang ketagih Umno?

Govt does away with 30% bumi equity requirement
The Star (1/7/09): The 30% bumiputra quota requirement for companies seeking to list on the Bursa Malaysia has been done away with under an overhaul of the Government’s economic policies.
In his most important announcement since taking office on April 3, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said there was a need for a new economic model.
He said the Foreign Investment Committee (FIC) would effectively “no longer exist” as it had failed to achieve its objectives.
Saying that the emphasis now was on participation instead of equity, Najib also announced the setting up of Ekutinas (Ekuiti Nasional Bhd), a private equity fund to make strategic investments for bumiputras, especially in companies with high-growth potential.
The other announcements, which are to take effect immediately, were:
* All property transactions, except for those involving a dilution of government or bumiputra interests for property valued at RM20mil and above, would no longer require FIC approval;
* All Malaysian companies seeking listing would have to offer 50% of their public offering to bumiputra investors, which would work out to 12.5% of the total stake;
* A 100% ownership would be allowed for qualified and leading fund management companies to set up operations in Malaysia;
* Foreign equity in existing stockbroking companies would be increased to 70% from 49%;
* All transactions on mergers and takeovers by local or foreign companies will no longer need FIC approval; and
* All listed companies need not maintain 30% bumiputra equity as required previously.
Rangsang pelaburan
Kerajaan longgar garis panduan FIC untuk tingkat daya saing negara
Berita Harian (1/7/09): Kerajaan semalam mengumumkan beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan dan pada masa yang sama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.
Ia antara lain membabitkan kelonggaran terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) berkaitan pembelian kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan; kegiatan meraih dana oleh syarikat senaraian awam serta pembelian hartanah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, berkata berkuat kuasa serta merta kerajaan menghapuskan garis panduan FIC yang membabitkan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan tanpa menggantikannya dengan peraturan baru.
Berikutan itu, beliau berkata FIC kini tidak lagi memproses urus niaga saham atau mengenakan sebarang syarat ekuiti ke atas urus niaga berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, bagi memastikan kepentingan negara dalam sektor strategik terus terpelihara, syarikat dalam sektor berkenaan masih lagi tertakluk kepada syarat ekuiti oleh badan kawal selia sektor masing-masing.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi meningkatkan daya saing Bursa Malaysia sebagai pusat penyenaraian syarikat, kerajaan memperkenalkan garis panduan penyenaraian yang baru.
Di bawah garis panduan baru itu, syarikat senaraian awam tidak lagi tertakluk kepada syarat pegangan ekuiti Bumiputera seperti yang ditetapkan FIC sebelum ini, sebaliknya hanya perlu menawarkan 50 peratus daripada jumlah 25 peratus saham tebaran awam kepada pelabur Bumiputera.
Perdana Menteri turut menjelaskan urus niaga hartanah hanya perlu mendapat kelulusan FIC jika ia membabitkan pengurangan kepentingan Bumiputera atau kerajaan bagi hartanah yang bernilai lebih RM20 juta.
Najib menegaskan, di sebalik langkah melonggarkan FIC itu yang dijangka akan meningkatkan dengan ketara kedudukan Malaysia sebagai tempat menjalankan perniagaan dan melabur, kerajaan kekal komited dalam melonjakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.
Namun, katanya, kerajaan akan melaksanakan pendekatan baru yang memberi tumpuan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi secara lebih berkesan, bermakna dan berkekalan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.
Menjelaskan mengenai keperluan melaksanakan pendekatan baru itu, Perdana Menteri berkata, ketika FIC dibentuk pada 1974, ia adalah komponen utama strategi pertumbuhan dengan ekuiti, namun ia kini bukan lagi instrumen berkesan bagi tujuan berkenaan.
"Pada 1970-an, ekuiti Bumiputera adalah hanya 2.4 peratus. Berdasarkan jumlah kecil itu, maka adalah sesuai melaksanakan dasar sedemikian bagi menangani ketidakseimbangan. Ketika itu juga, adalah praktikal dilaksanakan susulan kekurangan persaingan bagi mendapatkan pelaburan.
"Bagaimanapun, kini dasar pelaburan itu telah mewujudkan ketidaktentuan dalam pembentukan peraturan dan tidak sejajar dengan amalan antarabangsa, justeru menjejaskan potensi pertumbuhan," katanya.
Najib juga menegaskan, FIC sebagai instrumen penyusunan semula dilihat kurang berkesan kerana peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera tidak berubah sejak 1990 hingga 2006 dengan masing-masing pada kadar 19.3 peratus dan 19.4 peratus.
Daripada RM54 bilion ekuiti yang diagihkan kepada Bumiputera di bawah FIC pula, hanya RM2 bilion kekal, manakala selebihnya dijual semula untuk memperoleh keuntungan segera.
Perdana Menteri turut menegaskan walaupun berlaku perubahan dasar pelaburan, ia tidak bererti matlamat pertumbuhan dengan pengagihan dan sasaran 30 peratus pegangan Bumiputera berakhir.
"Yang berbeza adalah kita anggap ini sebagai sasaran makro bukan sasaran mikro. Kita masih komited untuk mencapai kewujudan negara yang mencerminkan keadilan sosial," katanya.
Selain kelonggaran dalam FIC, Perdana Menteri turut mengumumkan menaikkan had pegangan asing dalam syarikat broker saham dan segmen runcit pengurusan dana saham amanah kepada 70 peratus daripada 49 peratus ketika ini.
Pemilikan asing dalam segmen runcit industri pengurusan dana pula dibuka bagi pegangan sehingga 100 peratus.
Sweeping changes to boost growth
NST (1/7/09): Malaysia has eased investment rules, including one on Bumiputera equity ownership, in a major move to attract foreign investments amid a slowing economy.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said he was scrapping a rule that requires companies seeking a public listing to reserve 30 per cent of its stock for Bumiputeras.
Besides that, he raised the foreign ownership limit on unit trust companies and brokerages, and vastly reduced the powers of the Foreign Investment Committee (FIC), a body that had closely monitored the 30 per cent ownership rule in Malaysia.
The FIC has “outlived its usefulness”, Najib said, adding that its approval would no longer be required for property transactions, except for those where Bumiputeras are the sellers.
He said all these changes were ecessary to transform Malaysia into a high-income nation within the decade.
“We have become a successful middle-income economy, but we cannot and will not be caught in the middle-income country trap.
We need to make the shift ... or we risk losing growth momentum in our economies and vibrancy in our markets,” he said in his keynote address at the Invest Malaysia conference here yesterday.
Making the transition to a high income economy has become his key priority and he will continue to “modify or eliminate policies that
inhibit growth”, he added.
“I am convinced that failure or hesitation to act now will have long-term ramifications for the nation.”
The measures to boost foreign investment come as Malaysia faces its first economic contraction in a decade.
The government expects the economy to fall by as much as five per cent this year as exports slow amid the global recession.
On Malaysian companies seeking a listing on Bursa Malaysia, he noted that they would previously had to sell a 30 per cent stake to Bumiputeras and also ensure a quarter of the shares were held by public investors.
From now on, however, with the 30 per cent rule scrapped, companies
only need to offer half of the public spread to Bumiputera investors.
This effectively means that Bumiputeras will hold at least 12.5 per cent in initial public offerings.
“I think this is a good, bold move. It should bolster market sentiment and in the mid- to long term, small investment banks will benefit from doing more fundraising exercises,” said Chris Eng,
head of research at OSK Investment Bank, of the new move.
Najib stressed that he remained committed towards enhancing economic participation by Bumiputeras.
“While the government remains fully committed to the goals of equitable
growth, our approach will be to implement these goals in a market-friendly manner.”
He said the new policies were designed to be a win-win situation for all and that no one should feel marginalised.
“It is a tricky balancing act, but it’s do-able.”
He also said that as at June 19, projects worth RM9 billion had been awarded under the government’s RM67 billion stimulus packages, of which RM3 billion had been paid.




"Tonight’s assembly is to publicly cleanse Nasharudin Mat Isa, but a tiger doesn’t change its stripes," said a Kelantan PAS official who is sceptical about the Bachok MP’s stand on Umno.Tak banyak nak tulis. Hanya ingin memohon kepada kawan-kawan yang dikasihi supaya jangan lagi selepas ini masih ada kata-kata "ini kali terakhir kami tolong dia".
Di kalangan kita (PAS) masih kedengaran supaya pemimpin yang berkuasa boleh mengamalkan hidup mewah dan hebat. Kehebatan kekayaan, kenderaan, rumah akan menyebabkan musuh pandang hebat kepada kita (PAS).Baca sepenuhnya dalam Detikdaily 30/6/09. Saya teringat beberapa tahun dahulu apabila Mohamed Hanipa Maidin menegur pembelian Mercedes untuk exco-exco kerajaan negeri dalam satu majlis dalaman PAS, ketika hendak makan, ada yang secara sinis berkata kuat-kuat supaya Hanipa dengar, "Tak pa la, esok kita gi pejabat naik basikal".
Mempamerkan hidup mewah ketika berkuasa seolah-olah amalan yang dipersetujui oleh Islam dan ianya perlu diamalkan. Masyarakat menjadi keliru di atas pandangan sedemikian, sehingga ada diantara mereka tidak rasa malu dan segan mendapat kekayaan secara tidak betul atau dilihat tidak betul. Islam tidak dapat digambarkan sebagai "agen pengubah" keadaan sosial sebaliknya kadangkala dilihat beban kepada perubah ke arah keadilan. Sedangkan semua makhluk di langit dan dibumi akui Muhammad s.'a.w.w. adalah "Uswatun Hasanah" pembawa Islam agama penyelamat. Kenapa kita nak ambil contoh lain selain dari Nabi suci kita Muhammad s.a.w.?


Al-Quran & Tafsir Disini
Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa